Dalam Ops Gading yang dijalankan 40 anggota polis bersama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) itu, keempat-empat suspek berusia antara 40 hingga 49 tahun tersebut ditahan di sekitar daerah Gerik pada pukul 12.30 tengah hari kelmarin.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, siasatan awal mendapati sindiket tersebut telah menembak mati seekor gajah jantan dewasa berusia 30 tahun di kawasan Hutan Piah di sini minggu lalu.

"Kita menemui bangkai seekor gajah yang telah ditembak suspek sebanyak tiga kali iaitu dua di bahagian kepala dan satu tembakan di bahagian punggung kanannya.

"Hasil soal siasat mendapati suspek mengaku telah menjual dua gading gajah itu kepada pembeli dari negara jiran dengan harga RM12,000," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik di sini hari ini. - K! ONLINE