Pengumuman pemilihan tersebut dibuat oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim pada majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1439H/2018M di Masjid Wilayah Persekutuan di sini sebentar tadi.

Majlis penyampaian anugerah berkenaan disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Pemilihan anak kelahiran Bagan Datoh, Perak itu sebagai penerima pada tahun ini ialah berdasarkan sumbangan besar beliau dalam memartabatkan Islam di peringkat nasional serta global sehingga mendapat pengiktirafan pelbagai pihak.