Beliau berkata, pihaknya menerima laporan tersebut daripada pihak berkuasa berkaitan semalam dan akan menelitinya sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut.

"Berdasarkan siasatan awal, kanak-kanak itu bukan menjadi mangsa keganasan seksual dan perkahwinan pasangan ini juga tidak dibekalkan sijil nikah oleh Majlis Agama Islam Narathiwat.

Saya perlu teliti terlebih dahulu laporan tersebut sebelum pendakwaan dilakukan," katanya ketika ditemui pada Majlis Aidilfitri di Balai Islam Lundang di sini hari ini.

Katanya, pihaknya perlu mengambil kira pandangan syarak selain perundangan negara ini berkaitan kes berkenaan. - Bernama