Melalui laman sosial rasmi baginda, bertitah, pencemaran yang berlaku di dua batang sungai terbabit menyebabkan berlaku kematian hidupan sungai.

Baginda juga bertitah agar siasatan secara menyeluruh perlu dijalankan bagi mengelakkan kejadian yang berlaku di Sungai Kim Kim dekat Pasir Gudang berulang.

“Laporan berhubung pencemaran itu (Sungai Benut dan Sungai Machap) perlu dikemukakan segera. Sesiapa sahaja terlibat perlu bertanggungjawab kerana melakukan pencemaran terhadap sungai-sungai

“Ini satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab,” titah baginda. - K! ONLINE