Setiausaha Agungnya Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, SHURA yakin dengan pengaruh Dr Mahathir  terhadap negara-negara dan pemimpin Islam di seluruh dunia, dan turut yakin  suaranya mampu membawa perubahan kepada perjuangan membebaskan Al-Quds dan Masjid Al-Aqsa.

"Kami mahu menyerahkan memorandum ini secepat mungkin, sebelum Hari Raya Aidilfitri jika boleh, dalam pada itu kami turut akan menyerahkan memorandum berkaitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi SHURA, Abdul Ghani Samsuddin.

Sementara itu, Mohd Azmi turut mencadangkan agar diwujudkan satu jawatankuasa khas di peringkat Parlimen bagi membincangkan isu-isu Palestin. - Bernama