Difahamkan, Shukri meluangkan masa selama 45 minit bagi bertemu Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (MPK), Tun Daim Zainuddin.

Pertemuan berkenaan dipercayai bagi membincangkan dakwaan Daim berhubung 91 transaksi lot tanah yang meragukan di pusat bandar ketika pentadbiran kerajaan terdahulu.

Usaha pengamal media menemuramah Shukri gagal selepas dia dilihat meninggalkan perkarangan Menara Ilham dengan menaiki sebuah kereta Proton Perdana sambil diiringi dua buah kenderaan jenis Proton Preve dan Subaru Forester. - K! ONLINE