Menerusi kemas kini di Instagram, Sharnaaz, 33, yang popular dengan drama Cinta Bukan Kristal itu mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih kepada isterinya, Noor Nabila Mohd. Noor, 34.

“Terima kasih kepada rakan-rakan atas doa dan ingatan.

“Alhamdulillah, bayi dan ibunya sihat,” katanya.

Sharnaaz menyifatkan kelahiran tersebut sebagai hadiah kerana anak lelakinya itu berkongsi tarikh hari lahir yang sama dengannya.

Sementara itu, adik kepada Nabila, pengacara dan selebriti, Neelofa turut mengucapkan tahniah kepada kakak dan abang iparnya menerusi video Instagram Story.

“Baby J selamat dilahirkan. Alhamdulillah, taniah kakak,” katanya.

Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac tahun lalu. - K! ONLINE