Bukan itu sahaja, pengarahnya, Guillermo del Toro menang kategori Pengarah Terbaik sekali gus menidakkan kemenangan filem hebat lain seperti Three Billboards Outside Ebbing, Missouri dan Dark Hour yang disifatkan sebagai antara pesaing terdekat.

Guillermo dalam ucapannya berkata, beliau mendedikasikan kemenangannya kepada pengarah-pengarah muda yang membuktikan kepada ramai bagaimana magis dicipta.

"Dedikasi saya buat semua pembikin filem muda, remaja yang menunjukkan kepada kita bagaimana perkara dilakukan. Benar, mereka hebat di setiap negara di seluruh dunia.

"Saya seorang imigran. Perkara paling hebat apabila seni dan industri filem boleh memungkinkan segala-galanya. Perkara seperti ini harus berterusan untuk kemajuan bersama," katanya yang sebelum ini cukup dikenali dengan sentuhan magisnya menerusi filem Pan's Labyrinth.

Sementara itu, bagi kategori Pelakon Lelaki dan Pelakon Wanita Terbaik masing-masing dimenangi Gary Oldman menerusi lakonan cemerlang filem Dark Hour dan Frances McDormand (Three Billboards Outside Ebbing, Missouri).

McDormand dalam ucapannya membuatkan ramai teruja apabila menjemput semua pesaingnya dalam kategori yang dimenanginya naik ke pentas dan sama-sama rasa dihargai atas segala kerja keras dalam lakonan.

Siaran ulangan Academy Awards ke-90 boleh ditonton malam ini pukul 8 malam di saluran HBO (Astro 411 dan 431). Acara berprestij tersebut juga boleh ditonton melalui HBO On Demand (Menerusi Astro Go). - K! ONLINE

Berikut adalah senarai penuh pemenang Academy Awards ke-90:

Filem Terbaik Shape Of Water
Pengarah Terbaik:Guillermo del Toro
Pelakon Lelaki Terbaik: Gary Oldman (Darkest Hour)
Pelakon Wanita Terbaik: Frances McDormand (Three Billboards Outside Ebbing, Missouri)
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Sam Rockwell (Three Billboards Outside Ebbing, Missouri)
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Alison Janney (I, Tonya)
Sinematografi Terbaik: Blade Runner 2049
Suntingan Terbaik: Dunkirk
Lakon Layar Adaptasi Terbaik: Call Me By Your Name
Lakon Layar Asal Terbaik: Get Out
Visual Kesan Khas Terbaik: Blade Runner 2049
Rekaan Produksi Terbaik: The Shape Of Water
Filem Animasi Terbaik: Coco
Filem Bahasa Asing Terbaik: Fantastic Woman (Chile)
Dokumentari Terbaik: Icarus (Bryan Fogel dan Dan Cogan)
Busana Terbaik: Phantom Thread (Mark Bridges)
Solekan dan Tatarias Rambut Terbaik: Darkest Hour (Jacquenline Durran)
Skor Muzik Asal Terbaik: The Shape Of Water
Lagu Tema Asal Terbaik: Remember Me (Coco)
Suntingan Bunyi Terbaik: Dunkirk ( Richard King dan Alex Gibson)
Adunan Bunyi Terbaik: Dunkirk (Gregg Landakar, Gary A. Rizzo dan Mark Weingarten)