Peguam bela Shahidan, Syed Muhammad Anwar Syed Lokman Hakim mengesahkan perkara itu sebentar tadi.

Terdahulu, Mahkamah Sesyen di sini hari ini telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Ahli Parlimen Arau itu kerana gagal hadir bagi menghadapi pertuduhan kes dakwaan mencabul seorang gadis bawah umur berusia 15 tahun baru-baru ini.

Waran tangkap itu telah dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Johari Abu Hassan setelah Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Nordin Ismail membuat permohonan tersebut.

Bagaimanapun peguam bela, Syed Muhammad Anwar membantah pengeluaran waran itu kerana anak guamnya itu dan beliau sendiri tidak dimaklumkan mengenainya lebih awal.

“Saya mendapat tahu pengeluaran waran ini semasa berada di mahkamah pada pagi ini, sedangkan anak guam saya berada di luar kawasan,” katanya. - K! ONLINE