Bagaimanapun, beliau yang hadir bersama isteri, Datin Shuryani Shuaib tidak dibenarkan masuk oleh pihak polis yang diketuai Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Razarudin Husain @Abd. Rasid.

Turut kelihatan ialah Timbalan Presiden Warisan, Darell Leiking dan rombongan lain dipercayai barisan pimpinan Warisan.

Kemudian, selepas 10 minit tidak dibenarkan masuk difahamkan rombongan Mohd. Shafie terus bergerak pulang ke kediamannya di Taman Golf View dekat sini. - K! ONLINE