Perkara tersebut dinyatakan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal, ketika menepis tuduhan Presiden Parti Solidariti Sabah (STAR), Datuk Dr. Jeffrey Kitingan yang mendakwa beliau akan mengiktiraf warga asing di negeri ini.

"Saya tidak mahu respon mengenai isu (tuduhan) ini. Fokus saya kini adalah untuk membangunkan negeri dan membantu rakyat," katanya selepas merasmikan Majlis Ru'yah Hilal Ramadan di sini hari ini.

Hadir sama, Mufti negeri, Datuk [email protected] Jaafar dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din.

Terdahulu, semalam sebuah portal berita menyiarkan dakwaan Jeffrey yang mengatakan kemenangan Warisan disambut baik golongan
pendatang asing tanpa izin (PATI)  kerana kesediaan kerajaan baharu itu bakal memberikan dokumen kerakyatan sah kepada mereka.

Dakwa Jeffrey, Sabah bakal berhadapan dengan PATI yang memiliki permit kerja dan dokumen IMM13 akan diberikan MyKad oleh kerajaan di bawah pimpinan Mohd. Shafie. - K! ONLINE