Pada pertemuan 30 minit yang berlangsung di Perdana Putra di sini, Pompeo turut mengambil kesempatan mengucapkan tahniah atas kejayaan besar Mahathir memenangi pilihan raya umum (PRU) pada Mei lepas.

Pompeo yang tiba pada pukul 9 pagi ini ditemani Duta Amerika Syarikat ke Malaysia, Kamala Shirin Lakhdhir.

Turut hadir Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dan Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya.

Pompeo adalah pegawai paling kanan Amerika Syarikat yang melawat Mahathir sejak kemenangan PRU yang dipimpin beliau. - Bernama