"Kami mahu memastikan bahawa tidak semestinya semua kenyataan yang dibuat boleh menghasut kerana kami ingin memastikan kenyataan tertentu mendapat beberapa bentuk kebebasan...tetapi bukan kami membenarkan semua orang untuk membuat kenyataan yang mencemarkan nama raja dan pemimpin kita khususnya," katanya.

Bercakap kepada pemberita pada sidang akhbar baru-baru ini bersempena ulang tahun pertama kerajaan Pakatan Harapan di sini, Vui Keong berkata, selepas pemansuhan akta itu, satu formula baharu akan diperkenalkan untuk menggantikannya.

"Bagaimanapun, kami dalam Pakatan Harapan sebenarnya tidak keberatan sekiranya orang mahu mengkritik kami. Kritikan membina bagus dalam kerajaan kerana dari situ kita dapat maju dan berkembang," katanya. - Bernama