Tinjauan Kosmo! di stadium tertutup MPPG di sini mendapati jumlah kehadiran orang ramai termasuk ibu bapa yang menemani anak mereka untuk mendapatkan rawatan susulan selepas pelajar beberapa sekolah turut menjadi mangsa terbaharu pencemaran itu.

Difahamkan, sehingga pukul 12 tengah hari tadi beberapa pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Putih, SMK Tanjung Puteri Resort dan SMK Taman Megah Ria terkena simptom itu.

Turut terjejas Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Gudang 2 (Pendidikan Khas), SK Pasir Gudang 1, SK Taman Pasir Putih dan SMK Taman Rinting 2.

Sehingga kini, pelajar-pelajar yang terkena simptom terbabit diberi rawatan awal selain beberapa pelajar terpaksa dikejarkan he Hospital Sultan Ismail untuk mendapatkan rawatan lanjut. 

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd. Khuzzan Abu Bakar menerusi sidang akhbar semalam memutuskan 16 buah sekolah ditutup sebagai langkah berhati-hati sejak insiden ini berlaku Jumaat lalu. - K! ONLINE