Kejadian dipercayai berlaku sekitar pukul 8 pagi tadi ketika sesi persekolahan berjalan seperti biasa sebelum beberapa pelajar mengalami gejala seperti kes terhidu pencemaran udara sebelum ini.

Pelajar tersebut kemudiannya ditenangkan oleh guru sekolah berkenaan sementara menunggu kehadiran ambulans untuk menghantar mereka ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan.

Menurut sumber, pihak sekolah juga telah mengeluarkan arahan kepada ibu bapa untuk membawa pulang anak-anak demi memastikan keselamatan mereka terkawal.

Sesi persekolahan itu terpaksa ditangguhkan setelah menimbulkan panik akibat beberapa pelajar mengalami simptom terhidu pencemaran udara.

Jarak antara SMK Tanjung Puteri Resort dengan lokasi pertama iaitu Sekolah Rendah Agama (SRA) Taman Mawar terletak kira-kira lapan kilometer.

Semalam, kerajaan negeri Johor mengarahkan 17 buah sekolah, 69 tadika serta sebuah institusi pengajian tinggi melibatkan 20,108 pelajar ditutup selama empat hari bermula hari ini hingga Khamis sebagai langkah berjaga-jaga. - K! ONLINE