Katanya, pelan penyelesaian jangka panjang itu penting, supaya insiden sama yang memberi kesan buruk kepada kesihatan penduduk setempat, tidak berulang di masa akan datang.

"Selepas insiden itu, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim telah mengambil dan melaksanakan beberapa langkah jangka pendek, termasuk akan membina stesen pencerapan gas automatik di kawasan tersebut.

"Ini baik kerana dapat memberi amaran selepas bahan toksik yang dilepaskan ke udara melepasi tahap kritikal, yang membolehkan tindakan segera dapat diambil, termasuk memindahkan penduduk," katanya kepada pemberita selepas menutup Program Khalifah Junior 2019, Jabatan Kebajikan Masyarakat di sini hari ini.

Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri berkata, langkah itu masih tidak mampu memberi penyelesaian menyeluruh dalam jangka panjang, kerana kedudukan kilang yang berpusat dan berada di dalam persekitaran kawasan kediaman. - Bernama