Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad menegaskan, perkara berkenaan semasa membahaskan usul Mengkaji Semula Tahap Keselamatan Rakyat di Pasir Gudang pada Persidangan Dewan Undangan Negeri, petang ini.

Beliau berkata, pihak pembangkang menyokong usul itu tetapi dengan bersyarat.

"Menteri Besar perlu turun dengan segera dan beri jaminan kepada rakyat bahawa keadaan terkawal, saya pasti Yang Amat Berhormat (YAB) seorang pemimpin yang bertanggungjawab dan tahu apa yang perlu dibuat kerajaan negeri.

"Masalah besar adalah keyakinan masyarakat di Pasir Gudang, YAB sahajalah yang dapat menenangkan penduduk di situ, saya yakin dengan jaminan YAB, ia akan selesai," katanya. - Bernama