Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya dalam peringkat akhir untuk mengenal pasti bahan-bahan kimia tersebut dalam masa terdekat.

Katanya, sebatian kimia yang ditemui hanya 134 partikel per juta (ppm) pada pesakit namun ia tidak berada pada tahap toksik yang tinggi seperti berlaku dalam kes pencemaran di Sungai Kim Kim pada Mac lalu.

"Yang penting dari sudut klinikal, keracunan toksik dan perubatan, ia tidak di tahap begitu membimbangkan. Kandungan toksik itu ada tetapi ia tidak seperti kes Sungai Kim Kim yang hingga menyebabkan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

"Ia hanya menyebabkan muntah dan sesak nafas. Bahan itu tidak dikenal pasti dalam urin dan sampel darah mangsa kerana bahan ini berkemungkinan mempunyai separa hayat yang pendek dan bertahan dalam masa lima jam sebelum ia dikumuhkan," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - K! ONLINE