Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin berkata, sampel akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis bagi mengesan bahan kimia yang terdapat dalam insiden pencemaran udara.

Menurutnya, ujian dijalankan sama ada sampel ini mengandungi bahan kimia atau tidak.

"Keputusannya akan kita ketahui selepas kita mengambil data daripada pemantuan kualiti udara 85 buah sekolah yang dijalankan serentak petang ini.

"Sampel darah dan urin kita akan analisis sama ada mempunyai kaitan atau tidak dengan data yang dikumpulkan," katanya pada sidang akhbar di Menara Aqabah, Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) di sini hari ini.

Bee Yin berkata, bahan kimia yang akan dianalisis kali ini adalah karbon monoksida (CO), hidrogen sulfida (H2S) dan Volatile Organic Compounds (VOC). - K! ONLINE