Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri Johor, Mohd. Khuzzan Abu Bakar berkata, daripada jumlah itu seramai 13 mangsa dirujuk ke Hopsital Sultan Ismail (HSI) di sini untuk rawatan susulan.

Menurutnya, 49 mangsa yang lain pula menerima rawatan di klinik sementara di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dan Klinik Kesihatan Pasir Gudang.

"Sehingga kini, Jabatan Alam Sekitar (JAS) bersama-sama agensi terlibat sedang melakukan siasatan untuk mengenal pasti punca kepada pencemaran bau yang dikesan di sekolah-sekolah terlibat.

"Untuk makluman mangsa yang terjejas merupakan pelajar yang berada di tingkat tiga dan empat bangunan termasuk kes kejadian yang berlaku ke atas Sekolah Rendah Agama Taman Mawar pada Khamis lalu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Stadium MPPG di sini hari ini.

Terdahulu, lebih 20 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Nusa Damai mengadu sesak nafas serta pengsan selepas terhidu bau disyaki sisa toksik pagi tadi. - K! ONLINE