Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri Johor, Mohd. Khuzzan Abu Bakar berkata, daripada jumlah itu, seramai 21 pelajar dihantar ke klinik kesihatan berhampiran untuk mendapatkan rawatan saringan.

"Hanya seorang sahaja yang dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk pemeriksaan lanjut semalam.

"Sehingga pukul 12 tengah malam tadi, tiada pesakit baharu dimasukkan ke dalam wad dan setakat ini keadaan masih terkawal," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Khuzzan berkata, 11 buah sekolah terlibat adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Kota Masai, SK Senibong, SK Kopok, SK Kota Masai 3, SK Taman Pasir Putih, SK Pasir Gudang 4.

Jelasnya, turut terlibat ialah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Pasir Gudang, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Desa Jaya, SMK Dato Penggawa Timur, SMK Pasir Gudang 3 dan SMK Seri Kota Puteri.

Dalam pada itu, secara keseluruhan, pemantauan berterusan pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mengambil tindakan penjejakan dan penyiasatan ke atas 182 kilang. - K! ONLINE