Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd. Khuzzan Abu Bakar berkata, keputusan tersebut dibuat selepas mesyuarat yang diadakan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Saintifik hari ini.

"Sekolah yang ditutup termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Dahlia, SK Taman Cahaya Masai, SK Felda Cahaya Baru, SK Kong Kong Laut, SK Nusa Damai, SK Kopok, SK Kota Masai 3 dan SK Taman Cendana.

“Turut sama ditutup ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Nusa Damai, SMK Pasir Gudang, SMK Kota Masai, SK Taman Scientex, SMK Taman Scientex dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Pasir Gudang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) di sini, hari ini.

Mohd. Khuzzan berkata, turut ditutup dua buah sekolah yang diarahkan tutup sebelum ini iaitu SK Pasir Gudang 4 dan SMK Pasir Gudang 2 yang dipercayai terletak dalam jajaran radius enam kilometer dalam kawasan terjejas.

“Penutupan ini termasuklah institusi pengajian awam, sekolah agama kerajaan Johor di jajaran yang dikenal pasti serta semua pra sekolah dan tadika,” katanya.

Terdahulu, Sekolah Agama Taman Mawar, SK Pasir Gudang 4, SMK Pasir Gudang 2, Tadika Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) dan Tadika Pintar Bistari ditutup selama dua hari bermula hari ini. - K! ONLINE