Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang, Ibrahim Omar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 15.39 petang.

Menurutnya, sepasukan anggota bomba dan penyelamat digerakkan ke lokasi kejadian.

"Sejurus tiba di sekolah memang benar ada kejadian pencemaran udara dan terdapat 15 pelajar mengalami simptom muntah-muntah dan sesak nafas.

"Pasukan Emrs BBP Pasir Gudang bertindak menghantar 5 orang pelajar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ibrahim berkata, pasukan dari Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) dan Pasukan Emrs BBP Johor Bahru telah sampai ke lokasi untuk bantuan BBP Pasir Gudang. - K! ONLINE.