Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Kebudayaan dan Warisan negeri, Mohd. Khuzzan Abu Bakar berkata, kes terbabit direkodkan sehingga pukul 11 pagi sebentar tadi.

“Sekolah yang terlibat antaranya melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Puteri Resort, SK Kopok, SK Kongkong Laut, Sekolah Tahfiz Bukit Dahlia.

“Turut sama terjejas ialah murid dari SK Scientex, SK Taman Cendana dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Puteri Resort,” katanya pada sidang akhbar di sini, sebentar tadi.

Khuzzan menambah, kesemua mangsa bagaimanapun hanya dirujuk ke Klinik Kesihatan Pasir Gudang untuk rawatan lanjut.

“Sehingga kini hanya seorang sahaja mangsa dilaporkan menerima rawatan di wad biasa di Hospital Sultan Ismail di sini,” katanya.

Sementara itu, hasil sesi townhall semalam,  Kementerian Tenaga, Sains, Tekonologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) telah bersetuju untuk setiap industri membekalkan alat pengesan gas kepada 111 sekolah yang terjejas.

“Insiatif terbabit diambil oleh syarikat sendiri sebagai tanggungjawab sosial korporat mereka,” katanya. - K! ONLINE