Beliau berkata, hakikat bahawa pembunuhan yang mengorbankan banyak nyawa itu berlaku pada sambutan Hari Easter dan berlaku di rumah ibadah, menambahkan lagi keperitan itu.

"Adalah menjadi harapan saya, agar semua rakyat Malaysia tanpa mengira kepercayaan dapat membantu mangsa, keluarga dan orang yang tersayang dalam tragedi pengeboman di Sri Lanka seperti yang kita lakukan untuk membantu mangsa, keluarga dan insan yang kita sayangi dalam tragedi tembakan rambang di New Zealand.

"Peluru dan bom tidak dapat membezakan. Tetapi kita boleh menunjukkan perasaan sayang kita melalui tindakan belas kasihan kita yang mengatasi semua," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - Bernama