Perdana Menteri New Zealand itu berkata, beliau percaya sikap perkauman itu wujud namun ia tidak di alu-alukan untuk diamalkan di negara tersebut.

"Rakyat New Zealand mempunyai tanggungjawab bersama untuk memastikan negara mereka kekal aman dan sentiasa mengalu-alukan kunjungan daripada mana-mana individu dari seluruh dunia.

"Sejak dua minggu lalu kita kerap mendengar cerita tentang serangan dan kisah mangsa yang terkorban. Mulai hari ini, kesemua memori itu akan menjadi sebahagian memori New Zeland dan ia akan kekal selamanya bersama kita. Mereka sebahagian daripada kita semua.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Hari Peringatan istimewa buat mangsa serangan di Taman Hagley hari ini.

Ardern turut mengakhiri ucapannya dengan memberikan salam dalam bahasa Arab 'As-Salam Alaikum'.

Acara tersebut turut dihadiri Perdana Menteri Australia, Scott Morrison dan isteri, Jenny.

scott
Morrison dan isteri ketika melawat lokasi serangan tembakan rambang di Christchurch hari ini, Foto oleh AP

Morrison juga sempat meluangkan masa melawat dan memberi penghormatan terakhir di dua lokasi serangan tersebut. - K! ONLINE