Hari Peringatan istimewa itu disiarkan secara langsung di seluruh New Zealand.

NZ Herald turut melaporkan, ribuan rakyat negara itu mulai berkumpul di Taman Hagley di sini seawal pukul 10 pagi waktu tempatan.

nz
Antara orang awam yang hadir ke Hari Peringatan di Taman Hagley sempena sebagai tanda solidariti mangsa serangan tembakan rambang di Christchurch baru-baru ini. Foto oleh AP

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern dan lebih 50 kenamaan asing turut hadir dalam acara tersebut.

Acara tersebut turut dihadiri Perdana Menteri Australia, Scott Morrison dan isteri Jenny. Morrison turut meluangkan masa melawat dua buah masjid yang merupakan lokasi kejadian.

Susulan itu, penembak tepat dan polis bersenjata membuat kawalan ketat di kawasan berkenaan.

Menurut Stuff New Zealand, Ardern dalam ucapannya berkata, kesemua mereka berkumpul di Taman Hagley selepas mengharungi 14 hari yang 'paling gelap'.

“Kami akan mengenang setiap titisan air mata negara ini dan penyelesaian baharu telah diusahakan,” katanya di sini hari ini. - K! ONLINE