Bagaimanapun setakat pukul 11.45 malam, Kosmo! belum menerima kenyataan rasmi daripada Wisma Putra berhubung perkembangan tersebut.

Exco Kebajikan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh yang baru tiba di negeri ini sebentar tadi selepas pulang dari Christchurch berkata, berdasarkan maklumat yang baru diterima daripada sumber, Mohd. Haziq telah disahkan meninggal dunia oleh pihak berkuasa.

"Saya difahamkan pihak Kedutaan Malaysia telah menerima maklumat itu," katanya ringkas. - K! ONLINE