Imam Masjid Al Noor, Gamal Fouda berkata, lelaki bersenjata tersebut telah hancurkan jutaan hati manusia di seluruh dunia.

“Hari ini di tempat yang sama, saya dapat melihat banyak kasih sayang dan belas kasihan.

“Hati kita semua telah hancur, tapi semangat kita tidak hancur. Kita semua sentiasa bersama dan bertekad tidak akan biarkan sesiapa pun memecah-belahkan kita,” katanya ketika menyampaikan khutbah Jumaat di Hagley Park, di sini hari ini. - AFP