Daripada jumlah tersebut, dianggarkan 30 kematian direkodkan daripada salah satu masjid tersebut.

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengesahkan jumlah kematian dalam satu sidang media yang disiarkan secara langsung di saluran TV tempatan (NZ) negara itu.

Beliau menyifatkan kejadian tersebut sebagai serangan pengganas dan suspek dipercayai ekstremis berhaluan kanan.

Setakat ini tiga ditahan oleh pihak berkuat kuasa New Zealand.

Pesuruhjaya polis New Zealand, Mike Bush menggesa orang ramai agar tidak mengunjungi mana-mana masjid hari ini. - AFP