Menurut kenyataan itu seramai 4,653 jemaah haji telah berada di sini, manakala 4,710 jemaah haji berada di Madinah.

Kenyataan itu juga memberitahu jumlah itu adalah 31 peratus daripada keseluruhan 30,200 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.

Menurut kenyataan itu juga sehingga semalam 22 penerbangan haji telah berlepas dan 20 penerbangan telah tiba sehingga pukul 1.00 pagi semalam waktu tempatan, 6.00 pagi waktu Malaysia.

Semua penerbangan haji berlepas pada 4 Julai hingga 17 Julai mendarat di Lapangan Terbang  Antarabangsa Prince Mohammad Abdul Aziz di Madinah, manakala penerbangan berlepas 18 Julai hingga 5 Ogos mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz di Jeddah. - Bernama