Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Othman Mahmood berkata, jumlah berkenaan menjadikan keseluruhannya pengundi pada PRK kali ini sebanyak 51,230 orang.

Katanya, sehingga pukul 11 pagi tadi, hanya 22 peratus pengundi keluar menunaikan tanggungjawab mereka dan angka itu masih rendah.

"Apa pun SPR mengharapkan bilangan akan meningkat petang ini. Mungkin ramai yang bekerja atau ada urusan penting pagi ini. Jadi kebanyakan mereka akan mengundi petang ini.

"Sebanyak 19 pusat mengundi dengan 109 saluran dibuka bermula pukul 8 pagi hingga 5.30 petang. Bagaimanapun kita berharap jangan tunggu sampai petang," katanya 

Beliau ditemui selepas meninjau proses pengundian di Sekolah Menengah Jalan Kebun, Seksyen 32 di sini hari ini.

PRK DUN Sungai Kandis menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Mohd. Zawawi, calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam dan calon bebas, K. Murthy.

Ia diadakan ekoran kematian penyandangnya,Mat Shuhaimi Shafie akibat kanser limfoma pada 2 Julai lalu.

Pada PRU-14 lepas, Mat Shuhaimi yang mewakili PKR mempertahankan kerusi DUN Sungai Kandis (dahulu Sri Muda) untuk penggal ketiga berturut-turut dengan memperoleh 23,998 undi menentang calon BN, Datuk Kamaruzzaman Johari (11,518), calon Pas, Mohd. Yusof Abdullah (7,573) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hanafiah Husin (76). - K! ONLINE