Sebagai langkah berjaga-jaga, kesemua penumpang pesawat berkenaan dikuarantinkan dan diberi rawatan oleh pasukan perubatan sebaik tiba di Lapangan terbang JFK, New York kira-kira pukul 9 malam ini (waktu Malaysia), menurut kenyataan Emirates.

"Kesemua 10 penumpang tersebut telah dirawat oleh pasukan perubatan tempatan manakala penumpang lain akan diberi pelepasan tidak lama lagi.

"Keselamatan dan kebajikan penumpang adalah keutamaan kami," kata kenyataan tersebut.

Pesawat tersebut yang dipercayai membawa 380 penumpang berlepas dari Dubai pada pukul 1.12 petang tadi dan tiba di New York pada pukul 9 malam waktu tempatan. - K! ONLINE