Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira pukul 5.09 pagi itu, mangsa yang disahkan meninggal dunia belum lagi dikenal pasti.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Sarawak, Nor Hisham Mohammad berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 5.30 pagi.

Menurutnya, sejurus menerima maklumat mengenai kebakaran itu, sepasukan anggota bomba dari Lapangan Terbang Mulu telah bergegas ke lokasi kejadian untuk melakukan kerja-kerja memadam kebakaran.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, anggota bomba mendapati api sedang marak membakar dua buah kuarters sekolah berkenaan.

"Pemeriksaan mendapati kesemua penghuni di kuarters tersebut telah keluar menyelamatkan diri, namun mangsa dikatakan tidak kelihatan semasa kejadian itu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Nor Hisham menambah, berdasarkan maklumat saksi, mangsa dikatakan masuk semula ke dalam kuarters berkenaan namun gagal keluar semula.

Katanya, selepas operasi pemadaman dilakukan, anggota bomba telah menemui
cebisan rangka dan tulang dipercayai mangsa rentung.

"Buat masa ini, bomba masih menunggu pengesahan maklumat mengenai mangsa.

"Punca kebakaran dan jumlah kerugian akibat kejadian itu juga masih dalam siasatan," ujarnya. - K! ONLINE