Kosmo! difahamkan, mangsa yang maut merupakan pelajar lelaki Kolej Vokasional Kuala Klawang dekat sini berusia 17 tahun berasal dari Selangor yang baru selesai menduduki peperiksaan akhir semester pagi tadi. 

Sumber Jabatan Balai Bomba dan Penyelamat memberitahu, bas tersebut membawa seramai 27 penumpang termasuk pelajar Kolej Vokasional Kuala Klawang dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Kuala Klawang semasa kejadian. 

"Bas itu dipercayai terbabas ke bahu jalan sebelum melanggar pokok lalu terbalik berdasarkan keadaan di lokasi kejadian. Bagaimanapun pihak polis masih menjalankan siasatan bagi mengetahui punca sebenar.

"Kami tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 4.15 petang dan melihat beberapa pelajar terbaring di atas jalan raya. Seorang tersepit dan dipercayai telah meninggal dunia. Empat cedera parah," katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini hari ini. - K! ONLINE