Dalam kejadian lebih kurang pukul 9 pagi tersebut, mangsa, Juwina Majuri berusia 43 tahun cedera parah pada bahagian kepala.

Sementara itu, seramai 15 penumpang berusia antara tiga hingga 60 tahun dan pemandu, 47, pula dilaporkan mengalami cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superitendan Izaan Abdullah berkata, sebelum insiden pacuan empat roda jenis Toyota Hilux terbabit dalam perjalanan dari Pitas menuju ke Kampung Hans dekat sini.

"Sebaik tiba di kawasan Kampung Piso ketika menaiki bukit secara tiba-tiba kenderaan tersebut dikatakan berundur lalu terbalik sebanyak dua kali.

"Hasil pemeriksaan awal, Toyota Hilux itu dinaiki seramai 17 orang termasuk pemandu ahli Gereja Anglikan Dandun," katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Tambah Izaan, siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kemalangan berkenaan.

Dimaklumkan, mangsa parah akan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu untuk rawatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah memberitahu, seramai tujuh anggota dan sebuah jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kota Marudu bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.17 pagi. - K! ONLINE