Menurut jurucakap kerajaan, Narumon Pinyosinwat, dalam kenyataan hari ini, kejadian tersebut mengakibatkan banjir kilat dan tanah runtuh terutama di bahagian timur laut negara itu.

Menurutnya, mangsa yang terbunuh adalah dari wilayah Ubon Ratchathani di timur laut negara itu.

Beliau berkata, Perdana Menteri, Prayuth Chan o-cha telah mengarahkan semua agensi berkaitan segera membantu mangsa yang terjejas serta menugaskan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kesihatan Awam, Anutin Charnvirakul supaya melawat kawasan yang terjejas teruk di wilayah Roi-Ed.

Kawasan yang terjejas ialah Khon Kaen, Yasothorn, Roi-Ed, Kalasin, Nakhonpanom, Nongbua Lampoo,  Maha Sarakarm, Amnat Charoen,  Ubon Ratchathani (timur laut), Prachin Buri (bahagian tengah), Prae , Chiang Mai and Nan (utara), Ranong dan Krabi  di selatan negara itu.

Wilayah timur laut yang terjejas terutama daerah Ban Pai di wilayah Khon Kaen hari ini dengan air dilaporkan naik setinggi tiga meter menyebabkan banyak tempat kediaman ditenggelami air susulan hujan lebat sejak semalam.

Pasukan penyelamat bergegas untuk membangtu mangsa yang terkandas namun ramai penduduk dilaporkan enggan meninggalkan rumah masing-masing. - Bernama