Dalam kejadian pada pukul 5 pagi itu, Nur Shahrul  Romli, 21, yang bertugas di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan beberapa badan.

Empat rakannya iaitu Mohd. Fazrin Mohd. Aini, 23; Muhammad Aiman Abd. Wahab, 21; Wan Muhammad Firdaus Wan Yahya, 21 dan Muhamad Hasnu Nawawi, 23, yang juga anggota tentera pula mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd. Adli Mat Daud berkata, sewaktu kejadian, kesemua lima mangsa yang menaiki kereta Proton Waja dan empat rakan mereka menaiki sebuah Perodua Viva di hadapan dalam perjalanan pulang ke Kem Syed Sirajuddin, Gemas selepas bercuti di Kota Bahru, Kelantan.

"Sewaktu tiba di lokasi kejadian, kereta Proton Waja dipandu Nur Shahrul cuba mengelak seekor kerbau yang berada di hadapannya sebelum hilang kawalan dan terbabas.

"Kereta itu telah memasuki parit di tepi lebuh raya yang sedalam kira-kira 0.91 meter sehingga  remuk teruk," katanya kepada Kosmo! di sini hari ini. - K! ONLINE