Menurut saksi yang enggan identitinya didedahkan, dia ternampak sesuatu di belakang rumahnya dan terus memanggil jirannya untuk melihat dengan lebih dekat.

"Dari rumah kelihatan seperti mayat tetapi, pada masa sama saya juga melihat objek itu seperti sebuah patung. Jadi, saya panggil jiran untuk melihat sama ada mayat atau patung.

"Sebaik menghampirinya, saya dan jiran terkejut apabila mendapati mayat seorang lelaki terbaring dan sudah kembung. Saya terus meminta jiran menelefon pihak polis," katanya.

Difahamkan, mayat itu telah dibawa ke Hospital Jempol untuk dibedah siasat.

Berdasarkan maklumat sumber, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung penemuan mayat berkenaan dan maklumat lanjut mengenainya akan dimaklumkan kelak. - K! ONLINE