Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata, suspek lelaki yang berpangkalan di selatan Filipina itu dikatakan mempunyai kaitan dengan Komander [email protected], 31 yang mati selepas berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di Pulau Kalung, Lahad Datu awal pagi semalam.

Sehubungan itu, kawalan di kawasan perairan timur Sabah dan pertukaran maklumat bersama pihak berkuasa Filipina dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi mengesan saki-baki kumpulan militan tersebut.

"Kita percaya seorang lagi suspek anggota militan dari kumpulan yang sama masih bebas di luar sana dan tidak mustahil dia kini berada di selatan Filipina.

"Bagaimanapun, kita tidak menolak kemungkinan lelaki itu merentasi sempadan perairan negara," katanya dalam sidang akhbar di sini.

Tambah beliau, buat masa ini tiada sebarang pergerakan kumpulan militan baharu menceroboh perairan negara. Bagaimanapun, langkah berjaga-jaga terus dipertingkatkan.

Terdahulu, beliau merasmikan penutupan Program Pelaksanaan Inisiatif Pesara Polis Sebagai Ketua di kawasan kejiranan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) di sini hari ini. - K! ONLINE