Dalam kejadian kira-kira pada pukul 4 petang itu bagaimanapun tidak melibatkan kecederaan terhadap kesemua penghuni rumah tersebut.

Seorang penduduk Kampung Parit 2, Peah Osman, 86, ketika menceritakan detik-detik kejadian, dia tergamam dan tidak mampu untuk melakukan apa-apa apabila mendengar bunyi bumbung rumah terkopak akibat ditiup angin kuat.

“Saya hanya mampu beristighfar dan berzikir kepada Allah sewaktu angin kuat itu berlaku.

“Ketika kejadian, saya yang sakit hanya mampu terlantar di atas tilam di bahagian bawah rumah dan hanya mendengar bumbung rumah dibadai angin,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya sebentar tadi.

Katanya, selepas lima minit berlaku, dia dimaklumkan jiran mengenai sebahagian bumbung rumahnya yang diterbangkan angin.

Kejadian tersebut mendapat perhatian dan simpati Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Noor Azmi Ghazali dan beliau bersedia menanggung kos baik pulih kesemua rumah yang terlibat.

Noor Azmi menjelaskan, pihaknya memperuntukkan RM50,000 bagi memberi bantuan kepada kesemua keluarga yang terlibat termasuk sumbangan wang tunai dan beras kepada mangsa. - K! ONLINE