Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia, NGO dan Pembangunan Koperasi Perak berkata, keputusan tersebut dibuat kerana dia mahu memberikan tumpuan penuh terhadap tugasnya sebagai Exco Kerajaan Negeri dan karier politiknya. 

“Saya tahu pengalaman memimpin badan bola sepak ini sesuatu yang sukar diperolehi, namun saya perlu bertindak dan menilai sebaik mungkin penumpuan kerja saya yang sedikit terganggu sejak kebelakangan ini. 

“Bagaimanapun, sukan ini perlu diteruskan pentadbirannya dengan unsur-unsur tidak menyakiti mana-mana pihak walaupun kami sendiri menerajui Pafa sebelum ini tanpa kepentingan peribadi sama sekali,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pafa di sini hari ini. 

Tambah Hasnul Zulkarnain, beliau juga tidak menafikan keputusan tersebut turut dibuat disebabkan desakan daripada para penyokong yang mahu dirinya berundur. 

Gambar Hasnul Zulkarnain bersama trofi Piala Malaysia yang menjadi kontroversi sehingga menyebabkanGambar Hasnul Zulkarnain bersama trofi Piala Malaysia yang menjadi kontroversi sehingga menyebabkan ramai pihak mahu dia meletak jawatan sebagai Presiden Pafa. - Gambar fail

Katanya, beliau akan menyerahkan surat perletakan jawatannya secara rasmi dalam tempoh terdekat. 

“Barisan Exco Pafa akan memutuskan siapa yang bakal menggantikan saya selepas ini,” jelasnya. 

Tugas Presiden akan dipangku Timbalan Presiden Pafa yang juga pengurus pasukan bola sepak Perak, Datuk Adly Shah Ahmad Tah.

Hasnul Zulkarnain yang juga Adun Titi Serong itu menang tanpa bertanding pada Kongres Pafa ke-60 bagi jawatan presiden sesi 2018-2021 menggantikan Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan Julai lalu. 

Terdahulu, pemain tengah Terengganu Football Club 1 (TFC 1), J. Partiban menjadi pemain baru pertama yang ditandatangani pasukan Perak sebagai persediaan untuk menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

J. Partiban (dua dari kiri) memeterai kontrak setahunnya bersama Perak selepas berhijrah dari Tereng
J. Partiban (dua dari kiri) memeterai kontrak setahunnya bersama Perak selepas berhijrah dari Terengganu Football Club 1 di pejabat Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Ipoh hari ini.

 

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Pafa, Partiban, 26, merupakan bekas pemain Perak yang berhijrah ke Terengganu empat tahun lalu itu menyatakan hasrat mahu kembali berkhidmat untuk pasukan negeri kelahirannya. 

“Partiban menandatangani kontrak setahun bersama skuad The Bos Gaurus," katanya. - K! ONLINE

Hasnul Zulkarnain ketika bersemuka dengan wakil pihak penyokong yang mahu dia meletak jawatan. - GamHasnul Zulkarnain ketika bersemuka dengan wakil pihak penyokong yang mahu dia meletak jawatan. - Gambar fail