Yang Dipertuanya, Henry Asokan berkata, ia merupakan satu fitnah yang didakwa memburukkan nama PIBG dan sekolah dengan menggunakan akaun bank yang sah milik persatuan itu.

"Saya sendiri terkejut dengan penyebaran tular menerusi aplikasi WhatsApp sejak pukul 11 pagi tadi.

"Kami tiada meminta sedekah sebaliknya mempunyai cara tersendiri mencari dana untuk sebarang aktiviti," katanya pada sidang akhbar di sekolah terbabit sebentar tadi.

Jelasnya, pihaknya akan memulangkan semula wang-wang yang dimasukkan dalam akaun PIBG terbabit sejak penyebaran tular itu.

Sementara itu, Guru Besar sekolah itu, Jamaliah Ab. Hamid turut menafikan perkara tersebut dengan seramai 26 murid menerima bantuan RMT mendapat makanan secukupnya setiap hari.

"Pihak sekolah sentiasa menjaga kebajikan para murid di bawah RMT terutama dari segi penyediaan makanan yang berkualiti dan berzat," katanya. -K! ONLINE