Pengarah Pendidikan Pahang, Datuk Dr. Tajuddin Mohd. Yunus berkata, semua sekolah di negeri ini akan menjalani sesi pembelajaran pada Sabtu, 27 Julai bagi memberi laluan cuti umum berganti pada Isnin, 29 Julai depan.

"Dimaklumkan bahawa 29 Julai 2019 (Isnin) ialah cuti berganti bagi semua sekolah di negeri Pahang. Gantian hari persekolahan tersebut adalah pada 27 Julai 2019 (Sabtu).

"Ini berikutan cuti umum Hari Keputeraan Sultan Pahang dan Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 30 dan 31 Julai," ujarnya menerusi kenyataan hari ini. - K! ONLINE