Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataannya berkata, keputusan itu dilakukan susulan pihak kementerian telah menerima pertanyaan mengenai penggunaan cuti peristiwa sebanyak empat hari dalam setahun sejak kebelakangan ini.

"Setiap sekolah boleh mengambil cuti peristiwa selama empat hari dalam setahun seperti sebelum ini tanpa perlu menggantikannya.

"Bagi tujuan itu, pihak sekolah boleh mengemukakan permohonan kepada Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing untuk kelulusan," katanya.

Menurut kenyataan itu, diharap penjelasan itu akan mengelakkan sebarang kekeliruan yang timbul. - K! ONLINE