Hakim konservatif termasuklah Ketua Hakim John Roberts dan Anthony Kennedy dilihat enggan untuk mempertikaikan usaha Trump bagi mengenakan sekatan tersebut yang disifatkan Presiden itu sebagai usaha untuk meningkatkan keselamatan AS.

Trump sebelum ini memberitahu sekatan perjalanan itu perlu diterapkan oleh negara berkenaan bagi melindungi AS daripada serangan militan Islamik.

Cadangan Trump itu bagaimanapun mendapat tentangan daripada negeri Hawaii yang berpendapat sekatan perjalanan itu dicadangkan Presiden berkenaan ekoran kebenciannya  terhadap Muslim. - Reuters