Arab Saudi, Mesir, Bahrain dan Emiriyiah Arab Bersatu (UAE) menghantar satu senarai tuntutan mengandungi 13 perkara pada bulan Jun lalu, termasuk menutup stesen televisyen Al Jazeera, mengurangkan hubungan dengan Iran dan menutup pangkalan tentera Turki di Qatar.

Keempat-empat negara itu turut mengenakan sekatan ke atas Qatar yang didakwa menyokong aktiviti keganasan.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menerusi satu perbualan telefon bersama Raja Arab Saudi, Raja Salman pada awal bulan ini menuntut agar krisis melibatkan negara-negara berkenaan segera ditamatkan.

MENA melaporkan menteri-menteri luar dari keempat-empat negara itu mengesahkan bahawa tuntutan mereka adalah ‘asas untuk mendirikan hubungan normal dengan Qatar’. - Reuters