Menterinya, Mohamad Sabu berkata, bagaimanapun pendedahan tersebut hanya akan dilakukan sekiranya ditanya oleh Ahli Parlimen. 

Katanya, laporan kedua jawatankuasa yang dipengerusikan bekas Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang itu akan diperolehi selewat-lewatnya hujung bulan ini selepas laporan pertama diterima pada Oktober tahun lalu. 

"Tiada apa hendak disembunyikan, kalau ada soalan di Parlimen, saya sedia menjawab apa-apa soalan berkaitannya," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. 

Terdahulu beliau menyaksikan memorandum persefahaman projek endowmen pembangunan residensi  antara Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Yayasan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (ATM). 

Pada 22 Mei tahun lalu, Mohamad berjanji akan menyiasat segala dakwaan mengenai skandal dikaitkan dengan kementerian itu.

Ini termasuklah isu dua unit kapal selam Scorpene yang mencetuskan kontroversi serta pembaziran dan dakwaan salah guna kuasa melibatkan pembelian aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM). - K! ONLINE