Sekretariat Jawatankuasa Bencana Negeri, Mejar Ismail Mahedin berkata, mangsa berusia 26 tahun meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS) selepas sehari mendapatkan rawatan di situ.

"Mangsa mempunyai sejarah digigit anjing liar pada 23 Disember lalu, namun dia tidak mendapatkan sebarang rawatan sebaliknya hanya mendapatkan rawatan dari klinik berdekatan.

"Mangsa kemudiannya mengadu sakit otot dan kepala lalu mendapatkan rawatan di klinik swasta hujung bulan lalu," katanya dalam satu kenyataan akhbar sebentar tadi.

Menurutnya, keadaannya menjadi semakin teruk dan terpaksa dirujuk ke HUS pada 2 April lalu.

Sejak penularan virus itu 30 Jun lalu, seramai lapan orang disahkan positif rabies dan tujuh daripadanya meninggal dunia, manakala seorang lagi masih bertarung nyawa. - K! ONLINE