Santesh, 31, membuat permohonan itu menerusi laman Instagramnya setelah isu baju-T tersebut menjadi tular sejak semalam.

“Saya dengan rendah diri memohon maaf atas kesilapan yang saya lakukan dengan memakai baju yang dikatakan tidak menghormati negara kita.

“Saya tidak mempunyai sebarang niat buruk apatah lagi berniat menghina tanah air sendiri. Saya berjanji perkara seperti ini tidak akan berulang lagi,” tulisnya lagi.

Menerusi program Senang Terhibur yang bersiaran pada malam Ahad lalu, Santesh tampil dengan baju yang memaparkan lukisan seperti bendera Malaysia namun kotak yang sepatutnya diletakkan bulan dan bintang telah digantikan dengan tanda pagar (#).

Hal tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati peminat yang merasakan pakaian tersebut seperti mempermainkan bendera rasmi Malaysia. - K! ONLINE